Membaca adalah kegemaran saya. Dari kecil lagi, ibu sudah tanamkan sifat membaca kepada saya. Saya selalu merasa tidak sabar untuk dibawa ke perpustakaan. Saya berasa amat gembira apabila saya berada di sana kerana saya boleh membaca bermacam-macam buku.
Kegemaran ini adalah salah satu perkara yang terpenting bagi saya. Saya mempelajari banyak benda dan perkara dari membaca. Kata ibu, membaca itu adalah kunci kepada kejayaan. Kita bebas untuk memilih apa sahaja buku yang kita suka. Jika kita ingin tahu tentang binatang, pokok atau fesyen, kita boleh mengetahuinya melalui buku-buku. Jika kita tiada wang untuk membeli buku-buku di kedai buku, kita boleh meminjam di perpustakaan. Kita boleh juga bertukar-tukar buku bersama kawan-kawan yang lain.
Kepada kawan-kawan saya, jadikanlah sikap membaca itu sebagai kegemaran anda semua. Ianya sangat menguntungkan.
Tuesday, July 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment